Search This Blog

25 March 2012

NENEK 2 ALAM

(HM)  KUALA LUMPUR: Sebagai wanita bergelar nenek, dia sepatutnya menunjukkan teladan baik kepada anak dan cucu, namun apa dilakukan Latifa, 46, sangat mendukacitakan anak perempuannya.
Wanita mempunyai empat cucu itu dikatakan bernafsu untuk menjalin hubungan songsang dan belaian manja dengan seorang wanita berperawakan lelaki atau lebih dikenali sebagai pengkid berusia 32 tahun.
Demi menjaga maruah dan mengelak ibunya terus bergelumang dosa, seorang daripada tujuh anak wanita berkenaan dikenali sebagai Lily, 23, mengambil keputusan mendedahkan insiden yang mengaibkan keluarganya kepada Metro Ahad dan berharap ada pihak membantu menyelesaikan kebuntuan itu.

“Memang saya pernah melakukan dosa kerana melahirkan anak luar nikah, tapi anak mana sanggup melihat ibunya terus bergelumang dosa dan melakukan maksiat depan mata.

“Jika hanya mendengar cerita mungkin tak mengapa, tapi saya tak tahan lagi melihat perbuatannya di depan mata saya. Dia ibu saya dan saya akan terus menyayanginya.

“Jika dia berkasih dengan lelaki tulen, saya mungkin tak kisah kerana selepas lima tahun ditinggalkan bapa, kami anak beranak hilang kasih sayang seorang ayah, namun yang dikesalkan, ibu menjalin hubungan songsang dengan pengkid,” kata Lily.

24 March 2012

TELUR AYAM TIRUAN




[SH]KERTEH – Selera sebuah keluarga di Taman Indah Permai, Kampung Baru Kerteh di sini, kelmarin untuk menjamah hidangan tengah hari terjejas selepas telur yang direbus bertukar menjadi warna biru pada bahagian putih telurnya, dipercayai telur tiruan.

Mohd Yusof Abdul Aziz, 48, yang juga Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) berkata, dua biji telur yang dimasak isterinya, Sharah Shahernie Shafie juga mengeluarkan bau kurang menyenangkan.

Katanya, telur yang telah direbus dikupas kulit dengan setiap biji telur dibelah dua untuk ditumis, sebelum isterinya terkejut apabila melihat bahagian putih pada telur terbabit bertukar menjadi warna biru dan terdapat tompokan seperti dakwat biru di tengah-tengah bahagian putih telur itu serta kuning telurnya juga berwarna agak pekat.

“Seumur hidup, inilah pertama kali saya lihat putih telur berwarna biru. Terkejut saya apabila melihat keadaan putih telur berubah warna sebegini.

“Dua biji telur ini adalah antara 10 biji telur dalam satu bungkusan kotak telur plastik, yang saya beli (malam Rabu lalu) di sebuah pasar raya di Paka, Dungun. Tarikh luput telur yang tertera pada bungkusan juga masih jauh dan ia masih boleh dimakan. Itu menyebabkan saya pelik,” katanya ketika ditemui di rumahnya kelmarin.

Sejurus melihat keanehan pada dua telur tersebut, Mohd Yusof segera memeriksa lapan lagi telur yang tinggal dan mendapati salah sebiji daripadanya berbentuk agak ganjil dengan saiznya lebih besar daripada telur lain.

Menurutnya, pada ruang tengah kulit ayam tersebut licin seolah-olah dilakukan penyambungan pada bahagian luaran kulit telur tersebut manakala pada kotak plastik telur terbabit tertera telur berkenaan dikeluarkan di Melaka.

“Kemungkinan juga telur tiruan dicampurkan bersama telur tulen bagi mengelakkan ia disedari. Kalau dua telur tadi digoreng mungkin kami sekeluarga tidak sedar akan keganjilan pada dua biji telur itu.

Mohd Yusof dan isteri serta anak-anak kemudiannya hanya makan nasi berlaukkan kicap bagi mengalas perut kerana sudah hilang selera makan.

“Jadi saya sebagai pengguna merasa sangat dukacita dengan perkara ini kerana jika benar ia telur tiruan ia boleh membahayakan nyawa pengguna.

"Pengguna lain juga perlu berhati-hati ketika membeli telur bagi mengelakkan ditipu dan diharap pembekal juga tidak mementingkan keuntungan sahaja,” katanya.

DISAMUNN DAN DIROGOL DALAM TEKSI

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau tetapi turut dirogol bergilir-gilir oleh kumpulan penjenayah terbabit dalam teksi dinaikinya, kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 3 petang berhampiran sebuah pasar raya di Kepong, di sini, mangsa mendakwa tiga lelaki merogolnya termasuk pemandu teksi berusia 30-an.

Lebih kejam, mangsa dicampak keluar daripada teksi selepas tiga lelaki durjana itu selesai melampiaskan nafsu masing-masing.

Menurut sumber, kejadian bermula apabila mangsa menahan teksi berkenaan di kawasan rumahnya berhampiran Sunway Piramid, Subang Jaya untuk pergi bertemu rakannya di Kepong.

“Ketika dalam perjalanan, pemandu teksi terbabit menghentikan kenderaannya lalu mengambil dua lelaki dipercayai rakan subahatnya sebelum meneruskan perjalanan ke Kepong.

“Mangsa kurang senang dengan keadaan itu, namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana lelaki yang memandu teksi berkenaan memberitahu dua lagi lelaki terbabit adalah rakannya,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba di satu kawasan sunyi berhampiran sebuah pasar raya di Kepong, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan pisau ke leher mangsa manakala rakannya memegang tangan mangsa.

“Kumpulan terbabit kemudian menanggalkan pakaian mangsa lalu merogolnya bergilir-gilir di tempat duduk belakang kenderaan itu,” katanya.

Menurutnya, penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila kumpulan terbabit kemudian merampas wang tunai, telefon bimbit dan dokumen penting milik mangsa sebelum mencampaknya keluar daripada kenderaan itu berhampiran kawasan berkenaan.

“Mangsa yang hanya mengalami kecederaan ringan bernasib baik apabila mendapat bantuan daripada orang awam yang kebetulan berada di kawasan berkenaan.

“Wanita terbabit kemudian dibawa ke Balai Polis Kepong untuk membuat laporan mengenai kejadian itu,” katanya.

Sumber itu berkata, selepas percakapan mangsa dirakamkan, wanita terbabit dirujuk ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan lanjut. Difahamkan, mangsa masih ditahan di wad kerana dilaporkan trauma akibat insiden menimpanya itu. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, sehingga kini, masih belum ada tangkapan dibuat namun usaha untuk mengesan kumpulan penjenayah terbabit masih dijalankan.

23 March 2012

YAMAHA FZ150i







selepas dimodified




MINUM RACUN GAGAL SPM

ALOR GAJAH: Akibat kecewa dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diperoleh, seorang remaja nekad meminum racun di Durian Tunggal, di sini, pagi kelmarin.
Remaja berkenaan, E Premkumar, 18, mati ketika menerima rawatan di Hospital Melaka kira-kira jam 11.45 pagi semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari kelmarin, remaja itu ditemui lemah oleh rakan sekolahnya di pekan berkenaan lalu dikejarkan ke hospital.

Bapa mangsa, K Eswaran, 45, berkata, dia menghantar anaknya ke sekolah di Durian Tunggal jam 10.30 pagi untuk mengambil keputusan SPM.

“Premkumar meminta saya pulang dulu dan memberikan RM20 kepadanya untuk belanja kerana memberitahu ingin keluar minum bersama rakannya.

“Saya difahamkan, ketika di pekan Durian Tunggal, anak saya mengasingkan diri daripada rakannya sebelum ditemui tidak bermaya,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka, di sini, semalam.  

 
Menurutnya, dia difahamkan, anaknya itu mengalami tekanan emosi selepas gagal dalam SPM.

Bagaimanapun, katanya dia tidak pula memarahinya atau memberi amaran kepadanya sekiranya dia gagal dalam peperiksaan kerana sudah bekerja di kilang di Singapura sejak empat bulan lalu.
“Premkumar baru pulang dari Singapura sehari sebelum kejadian untuk mengambil keputusan SPM dan merancang pulang semula ke negara itu pada hari ini (semalam) bagi menyambung semula kerjanya.

“Saya tidak menyangka Premkumar sanggup bertindak sedemikian gara-gara kecewa keputusan SPM diperoleh,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, mengesahkan kejadian.

sumber : metro

19 March 2012

PERMINTAAN TERAKHIR SEORANG IBU

PULANGLAH...Hashimah memegang gambar tiga daripada empat anak Ros.
Hashimah memegang gambar tiga daripada empat anak Ros.
 
[HM] KUALA LUMPUR: “Sebelum adik saya menghembuskan nafas terakhir, hanya satu harapannya iaitu ingin berjumpa semula dengan empat anak lelakinya selepas terpisah sejak 10 tahun lalu.

“Bantulah kami supaya harapan terakhirnya itu tercapai,” kata Hashimah Abdul Manan, 51, kakak kepada seorang pesakit barah hati yang kini nazak dan terlantar di sebuah sebuah pusat perubatan di ibu kota.

Hashimah berkata, adiknya, Rossanah, 44, disahkan doktor menghidap barah hati tahap akhir kira-kira tiga minggu lalu dan sejak itu dia hanya terbaring di katil hospital serta bergantung pada alat bantuan pernafasan untuk meneruskan kehidupan.

Menurutnya, Rossanah yang lebih mesra dipanggil Ros terpisah dengan empat anaknya itu selepas dibawa bapa mereka.

“Ketika kejadian 10 tahun lalu, adik saya ada masalah dengan suaminya, tapi kami adik-beradik tak tahu apa puncanya.

“Ros dihantar suaminya ke rumah ibu bapa kami di Setapak manakala anak mereka yang ketika itu berumur tiga hingga 10 tahun dibawa bersama lelaki itu. “Ketika itu, kami tidak mengesyaki apa-apa. Tidak sangka selepas itu, dia tidak pulang mengambil isterinya,” kata Hashimah ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Menurutnya, sejak kejadian itulah hubungan Ros dengan anaknya terputus dan usaha wanita itu serta anggota keluarga lain mencari mereka gagal.

Hashimah berkata, empat anak lelaki Ros ialah Asymawi Zulkifli yang kini berusia 20 tahun, Muhammad Arif Zulkifli, 18, Muhammad Asyraf, 15, dan Aminuddin Zulkifli, 13.

“Sebelum nazak, Ros memberitahu dia terlalu rindu dan ingin sangat bertemu dengan empat anaknya, malah dia selalu menyebut nama mereka,” katanya.

Mengimbas kisah hidup Ros, Hashimah berkata, sejak berpisah dengan suami dan anaknya, hidup adiknya itu menjadi tidak menentu dan kesihatannya juga terjejas. Menurutnya, daripada seorang yang ceria dan peramah, Ros bertukar menjadi pendiam dan mengalami tekanan perasaan hingga terpaksa dibekalkan ubat penenang.

“Sehinggakan apabila bertemu anak keempat saya yang lebih kurang dengan umur anaknya, Ros akan menangis kerana terlalu merindui anaknya.

“Ros suka memendam perasaan dan jarang sekali dia menceritakan masalahnya, tapi saya mengetahui jauh di dalam hatinya dia begitu berharap dapat bertemu semula dengan anaknya,” katanya.

Hashimah berkata, penyakit adiknya yang juga anak kelima daripada lapan beradik itu hanya dikesan tiga minggu lalu dan ketika itu ia sudah di tahap akhir, itu pun selepas keluarga memaksanya menjalani pemeriksaan kerana keadaan kesihatannya makin merosot.

“Saya amat berharap agar permintaan terakhir Ros dapat menjadi kenyataan. Biar apapun masalah antara dia dan suaminya dulu, kami harap ia dapat dilupakan kerana kami tidak tahu berapa lama masa lagi yang dia ada sebelum menghembuskan nafas terakhir,” katanya.

Hashimah berharap sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai keempat-empat anak Ros dapat menghubunginya di talian 012-3948980 atau 016-3355921.

KANSER MULUT MENINGKAT

[HM] LONDON: Peningkatan kes kanser mulut dikatakan berpunca daripada amalan seks oral yang semakin meluas.

Dalam hasil kajian diterbitkan semalam, pakar di Pusat Kajian Kanser United Kingdom mendapati, seramai 6,200 orang dewasa disahkan menghidal penyakit itu tahun lalu.

Dua pertiga daripada penghidap itu pula terdiri daripada golongan lelaki.

Ketua penyelidik, Richard Shaw, berkata pada 2001, hanya 4,000 orang dewasa menghadapi kanser mulut.

Sebelum ini, katanya, pakar sering mengaitkan kanser mulut dengan amalan merokok dan minum arak berlebihan.

“Bagaimanapun, kajian terbaru menunjukkan peningkatan dramatik itu mempunyai kaitan dengan sejenis virus dikenali sebagai HPV (human papillomavirus) yang boleh disebarkan ketika seseorang melakukan seks,” katanya.

Shaw berkata, kajian terbaru juga mendapati, pesakit menghidap kanser akibat HPV juga kini semakin muda.

“Sebahagian daripada mereka mungkin tidak merokok,” katanya. - TS

KEPUTUSAN LIGA SUPER 2012

BUDAK MAUT DALAM LUBANG NAJIS

basikal dan tempat mangsa terjatuh

BESUT - Seorang kanak-kanak lelaki yang sedang bermain basikal bersendirian ditemui mati lemas selepas dia terjatuh ke dalam sebuah lubang najis di belakang blok kuarters Pejabat Kesihatan Jabi dekat sini kelmarin.

Kejadian pukul 5.50 petang itu mengakibatkan Nur Ammar Adlyn Mohd. Husni, 3, maut di tempat dia terjatuh.

Difahamkan, di kawasan itu terdapat lima lubang najis dan salah satunya tidak ditutup dengan sempurna. Kawasan itu baru sahaja disiapkan oleh kontraktor yang dilantik kira-kira dua bulan lalu.
Penutup lubang najis tersebut yang diperbuat daripada logam dikatakan tidak mengikut saiz yang sepatutnya menyebabkannya tidak selari dengan lubang. Penutup itu sepatutnya berukuran 1 1/2 x 2 kaki.
Ibu mangsa, Zurani Zakaria, 35, memberitahu, sebelum kejadian mangsa bermain basikal dengan abangnya di hadapan blok kuarters yang berdekatan dengan kediaman mereka sebelum mangsa pergi ke kawasan belakang blok bersendirian.

Menurut jururawat itu, ketika itu dia sedang bertugas di klinik di kawasan itu manakala suaminya, Husni Mat Husin, 35, sedang bersembang dengan pengawal keselamatan.
"Tidak lama kemudian kami dikejutkan dengan jeritan seorang jiran yang memberitahu anak bongsu daripada tiga beradik tersebut terjatuh ke dalam lubang najis sedalam lebih kurang satu meter setengah.
"Suami saya bergegas ke tempat kejadian sebelum menemui basikal dan sepasang selipar anak saya berada di tepi lubang najis tersebut," ceritanya ketika ditemui di rumah bapanya di Kampung Limbungan dekat sini, semalam.

sumber : Kosmo

17 March 2012

KITA & IBU BAPA

» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.


Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

Fikir2lah

# Bagai pusingan roda... sampai masanya kita pula akan menjadi ibu atau bapa... dan anak2 kita akan melakukan apa yg pernah kita lakukan terhadap ibu dan bapa kita... dan kita akan bersabar dgn kerenah mereka sebagaimana ibubapa kita pernah lakukan kpd kia... dan begitulah seterusnya...

Sayangilah ibubapa kita...insyaAllah kita akan disayangi oleh anak2 kita pula


SUMBER : FACEBOOK

RENUNGAN

::..SIAPA KATA..::

SIAPA KATA USTAZ tak pernah buat DOSA..

SIAPA KATA PAKAR KAUNSELING tak ada MASALAH..

SIAPA KATA CIKGU tak pernah buat SILAP..

SIAPA KATA CHEF tak pernah masak NASI MENTAH..

SIAPA KATA DOKTOR tak pernah SAKIT..

SIAPA KATA PROFESOR tak pernah kena tipu..
(walaupun PROFESOR serba TAHU..)...

INGATLAH Bahawa,,

Semua MANUSIA yang HIDUP Di DUNIA ini,,
ALLAH berikan KELEBIHAN dan KEKURANGAN masing2..

ALLAH berikan KELEBIHAN,,
Bukanlah 100% diBERI semua pengeTAHUan..

ALLAH berikan KEKURANGAN,,
Bukanlah sehingga ia mengHINAkan..

Terkadang sengaja ALLAH menyulitkan perkara yang kita PAKAR,,
AGAR kita tidak perlu SOMBONG..
AGAR kita sentiasa menjadi HAMBA yang berSYUKUR kepada-NYA


sumber : facebook
:)

KENAPA PEREMPUAN PERLU BERTUDUNG

FAKTA KENAPA PEREMPUAN KENA PAKAI TUDUNG DARI SEGI MEDIC ^^

Tengkorak ( human skull ) manusia antara lelaki dan perempuan ada 10 perbezaan ( setakat yanG dikaji ^-^ ) , dan antara perbezaan yang paling ketara adalah pada MASTOID PROCESS..

Apa itu MASTOID PROCESS? Mastoid process ni adalah struktur tulang yang menonjol keluar sedikit di bahagian belakang telinga ( cuba rasa , 0.5-1 cm dari belak...ang telinga ) dan untuk lelaki dan perempuan, ianya sangat beza saiznya.. Untuk lelaki saiznya besar dan mudah untuk dirasa dan untuk perempuan saiznya kecil saja.

Prof kata, Allah swt ini sangat sayangkan hambanya, kerana itulah disyariatkan pemakaian tudung kerana, dalam mastoid process ini ada sekurang-kurang 4 saraf yang penting antara ialah FACIAL nerve (C7). Dan apa pula fungsi facial nerve ni? Facial nerve ini berfungsi untuk muscle-muscle yang berada di muka kita, senyuman kita, gelak tawa kita :P :D :) ^-^ T-T” @-@ xD riak muka kita semuanya.

Kerana saiznya mastoid process ini kecil berbanding lelaki, pabila sejuk, nerve ini akan MUDAH MENGECUT dan akan membuatkan fungsinya tidak begitu effective dan untuk jangka masa yang panjang, ianya akan memberi kesan kepada TONA MUKA. Kerana itulah pemakaian tudung itu kepada wanita kerana untuk melindungi wanita, untuk diri wanita itu sendiri, untuk kecantikan dia juga. Kerana itulah siapa-siapa yang menjaga auratnya, tudungnya, wanita itu tampak lebih awet muda dan berseri-seri. Senyuman lebih manis, lebih menarik , lagi indah, lebih menawan..

ALHAMDULILLAH, ALLAH MEMANG TAHU APA YANG TERBAIK BUAT HAMBANYA

SPESIFIKASI CALON SUAMI



1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.


3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA.

4. Lulus ujian fardhu 'ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yg lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat "Alif Ba' Ta'" sampai Surah "Iqra' Bismirabbikallazi Khalaq."

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak gi Mydin tapi pegi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget2 pun depan bini dan anak2 je. Depan org lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sgt. Cemburu macam ni ok, "Ehemm..ramainya kawan laki kat opis..jgn sampai lupa abg taw.."

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalo dia jenis diam tadelah sampai org kata tak bergaul ngn manusia lain. kalo dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata2 org lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang2nya Maghrib dan Isyak.

13. Tak berapa gemar dengar kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sgt awek cuns, duk tengok bini dia je wlpn bini dia tak cuns.

17. Pandai masak sekurang2nya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll. 
Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD or tempat2 makan yg pelik2 nama dia menu yg mahal2 sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe. 

18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan2 isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur utk raikan tetamu.

19. Jenis pembersih gak la. Masa muda2 dia tade la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari2 nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je.

20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak2 tentang kematian. "Syg, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam..ingatlah detik kematian tu makin hampir."

21. Dia sentiasa nak berubah bersama2 isteri dan anak2 dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.

22. Dia boleh jadi imam solat isteri dan anak2 wlpn dia tak reti baca doa lepas solat. Dia doa senyap2 je tak bunyi pape, tp dlm hati dia doa.."Ya Allah! Letakkanlah isteri dan anak2ku dlm lindunganMu. Andai aku mati, Kau jagalah keluargaku ini dari fitnah dunia."

Apa?! Tak boleh blah ciri2 ni? Ni ok la ni utk org2 biasa cam kita. Nak dapat yg best2, kena best2kan diri gak la. Target nk yg soleh, kita sendiri malas semayang. Atoiiii~

---
Akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut permintaan pasaran.

sumber : facebook

RATU CANTIK BOTAKKAN KEPALA


ANCHORAGE, Amerika Syarikat (AS) – Ratu Cantik Chugiak-Eagle, Debbe Ebben telah membotakkan kepalanya bagi memperoleh sumbangan untuk digunakan dalam penyelidikan penyakit kanser.
Dia setakat ini berjaya memperoleh sumbangan lebih AS$4,000 (RM12,235) selepas membotakkan kepalanya pada minggu lalu.
Ebben yang berusia 23 tahun melakukan perbuatan itu bagi membantu penyelidikan penyakit kanser dalam kalangan kanak-kanak.
Menurutnya, dia berasa gembira kerana membotakkan kepala itu untuk tujuan kebajikan.
Ebben berkata, peluangnya untuk memenangi pertandingan Ratu Cantik Alaska pada Jun depan tidak terjejas walaupun dia tidak mempunyai rambut.
Para peserta pertandingan itu dikehendaki melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat menyebabkan dia memilih untuk membotakkan kepala untuk tujuan amal. – AGENSI


sumber : kosmo

PELAJAR MAUT DIPANAH PETIR

tempat kejadian


MELAKA - Hajat seorang pelajar tahun dua Kolej Universiti Islam Melaka, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah menyertai rakan-rakannya untuk bermain bola sepak di stadium kolej berkenaan musnah apabila dia maut selepas dipanah petir kelmarin.
Kejadian pukul 6.30 petang itu bukan sahaja mengakibatkan pelajar semester empat Diploma Kejururawatan, Mohd. Ridwan Jamal, 20, maut, malah sembilan lagi rakannya yang berada berdekatan turut tercampak kira-kira satu meter. Bagaimanapun, mereka tidak cedera.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika pelajar dari Taboh Naning, Alor Gajah itu baru sahaja melangkah masuk ke dalam padang untuk menyertai rakan-rakannya bermain bola sepak ketika hujan renyai-renyai.

sumber : kosmo

BAPA DIRANG AKAN DIUSIR KE FILIPINA

bapa Dirang
JOHOR BAHRU - Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan polis supaya membebaskan bapa mangsa pembunuhan kejam, Nurul Nadirah Abdullah untuk diusir ke negara asalnya, Filipina, atas kesalahan tidak memiliki dokumen pengenalan diri.
Sehubungan itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd. Shariff berkata, pihaknya akan merujuk lelaki yang ditahan di Bandar Seri Alam pada 8 Mac lalu itu kepada pihak Imigresen untuk tindakan lanjut.
"Dia diusir kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

sumber : kosmo

16 March 2012

HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH



Musibah adalah salah satu dari bentuk kasih sayang Allah swt kepada hambaNya yang masih mempunyai harapan untuk berubah ke arah kebaikan dan berkesempatan masuk syurga. Dan setiap musibah yang datang seharusnya disyukuri, kerana ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya.Allah swt akan memberi imbalan di akhirat nanti atas apa sahaja yang menimpa hambaNya di dunia, sekalipun hanya tertusuk duri. Mungkin musibah yang menimpa adalah merupakan kepada balasan atau kifarah ke atas dosa-dosa yang telah kita lakukan.

Oleh itu, kita harus bersyukur kerana Allah swt tidak menunda pembalasan dosa-dosa kita di akhirat kelak. Ada kurnia dari Allah swt yang tidak dapat didapati dengan ibadah solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya tetapi hanya didapati dengan musibah. Orang-orang yang dicintai oleh Allah swt akan diberi musibah agar hatinya hancur, sehingga hidayah mudah meresap ke dalam hatinya.
Hati yang keras ibarat batu tidak dapat ditembus oleh air, tetapi tanah yang lembut mudah menyerap air. Maka hati orang yang beriman akan lembut dengan musibah. Sabda Rasulullah saw, "Apabila engkau melihat seseorang yang memperoleh kenikmatan dunia padahal dia sering melakukan kemaksiatan, maka ketahuilah bahawa itu adalah istidraj (Penundaan azab dari Allah swt), seperti seseorang yang diberi seutas tali yang dengan tali itu dia dibiarkan menggantung dirinya sendiri".

SUMBER : FACEBOOK

RANKING UNIVERSITI DI MALAYSIA


  1. 428 Universiti Putra Malaysia (UPM)
  2. 437 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  3. 464 Universiti Sains Malaysia (USM)
  4. 523 Universiti Kebangsaan Malaysia / National University of Malaysia (UKM)
  5. 596 Universiti Malaya – Universiti Malaya (UM)
  6. 626 Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  7. 891 Multimedia Universiti (MMU)
  8. 1222 Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  9. 1341 Universiti Malaysia Perlis (Unimap)
  10. 1411 Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
  11. 1598 Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  12. 1687 Universiti Tenaga Nasional (Uniten)
  13. 1734 Universiti Utara Malaysia (UUM)
  14. 1777 Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  15. 1838 Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  16. 1842 Universiti Malaysia Sarawak (Unimas)
  17. 2127 Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  18. 2185 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  19. 2439 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  20. 2726 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  21. 2922 Open University Malaysia (OUM)
  22. 3980 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem)
  23. 4083 International Medical University
  24. 4232 Taylor’s University College
  25. 4481 Tunku Abdul Rahman College
  26. 4566 Universiti Pertahanan Malaysia (UPN)
  27. 4644 University of Nottingham Malaysia
  28. 4852 UCSI University
  29. 4977 Monash University Malaysia
  30. 5012 Malaysia Theological Seminary
  31. 5074 Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  32. 5931 Curtin University of Technology Sarawak Campus
  33. 5931 Universiti Industri Selangor
  34. 6045 Selangor International Islamic University College
  35. 6075 Al Madinah International University
  36. 6163 Wawasan Open University
  37. 6343 Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)
  38. 6482 KDU College
  39. 6607 Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  40. 6642 Asia Pacific Institute of Information Technology
  41. 6978 Help University College
  42. 7018 Sunway University College
  43. 7031 INSANIAH University College
  44. 7320 Universiti Sultan Zainal Abidin (Universiti Darul Iman Malaysia)
  45. 7361 Segi College
  46. 8058 Malaysian Institute of Management
Sumber : webometrics

14 March 2012

10 KERETA TERPANTAS DI DUNIA

1. BUGATTI VEYRON SUPER SPORT
431.072 km/j

2. SSC ULTIMATE AERO TT
412.28 km/j

3. BUGATTI VEYRON
408.47 km/j

4. LAMBORGHINI REVENTON
403.945 km/j

5. KOENIGSEGG CCR
388 km/j

6. MCLAREN F1
372 km/j

7. FERRARI ENZO
355.665 km/j

8. PAGANI ZONDA C12 S
354.055 km/j

9. JAGUAR XJ220
343 km/j

10. ASCARI A10
346 km/j

10 KERETA TERMAHAL DI DUNIA

1. BUGATTI VEYRON
(RM4,168,228)

2. PAGANI ZONDA ROADSTER F C12S 7.3
 (RM 2,669.284)

3. SSC ULTIMATE AERO
 (RM 2,618,000)

4. LEBLANC MIRABEAUL
 (RM 2,580,336)

5. SALEEN S7 TWIN TURBO
 (RM 2,550,892)

6. KOENIGSEGG CCR
(RM 2,182,278)

7. MERCEDES-BENZ SLR MCLAREN
 (RM 1,811,000)

8. MAYBACH 62
 (RM 1,792,612)

9. PORSCHE CARRERA GT
 (RM 1,760,000)

10. MAYBACH 57 S
 (RM 1,721,420)


13 March 2012

TEMPAT DIRANG DIBAKAR

Nenek Nurul Nadirah Abdullah, Milnah Jul,52, (dua kanan) tidak dapat menahan sebak ketika melawat lokasi penemuan mayat Nurul Nadirah di sebuah flat terbengkalai di Nusai Damai, Masai di sini, Selasa.


Polis Johor mahu mendapatkan kerjasama rakan mereka dari Kelantan untuk "mencekup" seorang wanita yang menghubungi ibu kanak-kanak Nurul Nadhirah Abdullah, yang diculik dan semalam disahkan dibakar, dengan menelefon dan menghantar SMS berbaur ugutan meminta wang tebusan.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff di sini, hari ini.

Ibu mangsa, Roselyn Alan, 25, dilaporkan menerima panggilan dan SMS daripada seorang wanita tidak dikenali dari Kelantan, semalam.

Mohd Mokhtar berkata, pihaknya telah berhubung dengan polis negeri itu bagi membantu menyiasat kes tersebut.

"Kita minta bantuan polis Kelantan untuk cekup individu itu, kesan dia dan bawak dia ke Johor," katanya.

Roselyn sebelum ini dilaporkan menerima panggilan telefon dan SMS daripada seorang yang tidak dikenali mengugut untuk membunuh Dirang jika tidak dibayar wang tebusan sebanyak RM30,000.

Polis semalam mengesahkan mayat rentung yang ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai dekat sini pada Khamis lalu sebagai Nurul Nadhirah setelah mendapat keputusan hasil ujian asid Deoksiribonukleik (DNA) daripada Jabatan Kimia.

Nurul Nadhirah hilang pada 1 Mac lalu ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit di kawasan kediamannya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengunjungi keluarga Nurul Nadhirah atau lebih dikenali sebagai Dirang di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam Pasir Gudang di sini hari ini.  

Sambil menyifatkan individu yang terlibat dalam kes bunuh dan bakar kanak-kanak itu sebagai penjenayah kejam, berhati binatang dan tidak berperikemanusian menyiksa insan kerdil yang tidak berdosa, beliau menegaskan suspek yang terlibat akan dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin.

Katanya, tiga daripada empat suspek termasuk seorang wanita berumur 30 hingga 40 tahun itu didapati positif dadah jenis metamphetamine dan ice manakala dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan dadah dan curi.

JADUAL SUKU AKHIR PIALA FA 2012

7 March 2012

IBU YANG KEJI

Seorang janda bukan sahaja bertindak keji membiarkan anaknya diratah teman lelakinya, malah tambah jijik dia tergamak merakam aksi rogol itu menggunakan telefon bimbit untuk kepuasan nafsu. Gambar Fail

Nasib kanak-kanak berusia 11 tahun itu mendapat pembelaan apabila Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun terhadap wanita itu kerana bersubahat dengan teman lelakinya merogol mangsa, tiga tahun lalu.
Hakim Latifah Mohd Tahar turut menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 15 sebatan terhadap tertuduh Ma Kassim Sirat, 44.
Ma Kassim, pemandu teksi, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol mangsa di sebuah pangsapuri di Rawang pada 12 tengah malam, pertengahan Disember 2009 dan 30 Januari 2010, dan jam 10 malam, Mac 2010.

Sementara itu, ibu kanak-kanak itu didakwa bersubahat dengan teman lelakinya di tempat dan masa yang sama.


Pasangan kekasih itu didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Peguam Roland Engan dan M Hafiz Zainol Abidin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan mengambil kira pengakuan salah anak guamnya yang telah insaf dan menyesal.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Hemy Annerina Haja Mydin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana peranan ibu mangsa yang bersubahat dalam kes itu amat mendukacitakan.

"Perkara ini menyedihkan kerana ia tidak pernah didengar dalam mana-mana kes sebelum ini," katanya.

Beliau yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya R Kalaiyarasi berkata, mahkamah perlu mengambil kira kesan terhadap mangsa yang trauma sepanjang hayat akibat perbuatan kedua-dua tertuduh.

"Setiap hari, mangsa akan tertanya-tanya mengapa ibunya sendiri tidak menyelamatkannya (dari kejadian rogol). Hanya disebabkan oleh nafsu kedua-dua tertuduh, mangsa berdepan titik hitam dalam hidupnya. Kecederaan fizikal boleh diperbaiki, tetapi tidak emosi," katanya.

Berdasarkan keterangan mangsa, ibu memanggilnya masuk ke bilik tidur sebelum Ma Kassim merogolnya.

Pada kejadian kedua, ibu mengumpan mangsa dengan hadiah sempena hari lahir dan pada kejadian terakhir, wanita itu merakam perbuatan terkutuk lelaki itu.

-SH

PERINGATAN UNTUK SUAMI

SAJAK (PERHITUNGAN HIDUP)

Hidup tak lari dari kira-kira
Tak campur, tolak
Tak tolak, darab
Tak darab, bahagi

Seeeloknya....
Hal orang jangan masuk ‘+’
Nanti dikatakan busy body
Rezeki jangan di ‘-‘
Kalau ditolak, rugi
Sebelumbertindak fikir dua ‘×’
Jangan menyesal dikemudian hari
Kasih sayang jangan dibelah ‘÷’
Kelak merana diri

SAJAK (DI SINI)

Disini aku berdiri
Dan masih berdiri
Memenuhi sebuah harapan
Harapan orang tersayang
Walaupun serba kekurangan
Dan penuh kejahilan

Disini juga
Aku mula mengenali
Siapa aku sebenarnya
Dan kehidupan ini....
Erti sebuah persahabatan
Erti sebuah perhubungan
Aku mula mengerti
Cuba menyedari
Betapa pentingnya ilmu lalu
Aku teruskan langkah
Meneroka sedalam mungkin agar
Penerokaan aku berhasil....
Kini langkahku makin gagah
Untuk kususuri perjalanan hidup ini
Biarpun tanpa ayah ibu
Kan kutempuh penuh tabah
Moga pencarianku membuahkan
Kejayaan abadi