Berita Bernama melaporkan bahawa seorang pelajar USM ditahan kerana menulis kenyataan berunsur ugutan di blognya. Mahasiswa itu sebenarnya menulis kenyataan itu di dinding FBnya sekitar jam 3:00 petang semalam. Terjemahan mesej itu ialah "Najib akan datang ke kampus kita, mari kita letupkan helikopternya."
Pihak polis mengesahkan mahasiswa tersebut telah dibawa untuk disoal siasat, walau bagaimanapun polis menafikan khabar bahawa mahasiswa itu ditahan. OCPD Asst Comm George Town Gan Kong Meng berkata pelajar itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah di Patani Road untuk disoal siasat sekitar 1:30 petang tadi.
"Polis sedang menyiasat kes di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. Beliau sebelum ini dikesan berada di kampus Nibong Tebal."

No comments:
Post a Comment