Search This Blog

12 January 2012

UNTUKMU SAHABATKU

Sahabat,
·         Carilah hikmah dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN.
·         Setiap yang payah pasti ada KESENANGAN.
·         Dan setiap kesabaran pasti ada GANJARAN.
·         Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang dapat MENGHALANG.
·         Namun, jika ia ditakdirkan bukan untuk kita, pasti takkan dimiliki walaupun sudah berada dalam GENGGAMAN.

Sahabat,
·         Sekuat mana pun godaan yang kita hadapi, sekukuh apa pun cubaan yang harus kita depani, sebesar apa pun kegagalan yang kita rasai, sesusah mana pun hari-hari yang kita lalui, jangan pernah berhenti berharap pada Allahu Rabbi. Jangan berhenti berdoa pada Ilahi.
·         Kerana apa…?
·         Kerana harapan adalah masa hadapan…Kerana harapan adalah sumber kekuatan.
·         Kerana apa…?
·         Kerana doa adalah pintu kebaikan…Dan kerana doa adalah senjata orang beriman.

Sahabat,
·         Tenang-tenangkanlah dirimu.
·         Belajar-belajarlah pasrah dan redho atas segala ketentuanNya.
·         Sedarlah diri kita hanya insan kerdil yang lemah tidak berdaya.
·         Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita kembali.
·         Sabarlah dengan ujian hidupmu.
·         Kerana akhirat itu yang lebih utama.



No comments: